马来西亚RTM TV6停播

行業新聞 本站 Nettv.live 2026-07-03 20:49:08 96

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu notis pemberitahuan yang menyatakan TV6 tidak lagi akan bersiaran bermula tarikh tersebut. Bagaimanapun, RTM setakat ini tidak memberikan penjelasan lanjut berhubung penamatan siaran TV6.

TV6-RTM.jpg

Sebagai rujukan, TV6 merupakan saluran televisyen berkonsepkan retro yang memulakan siaran percubaan sejak 1 Mac 2021. Saluran itu menampilkan pelbagai kandungan daripada arkib RTM, termasuk drama, filem, kartun, rancangan hiburan, dokumentari dan program klasik yang pernah disiarkan sejak beberapa dekad lalu.